Monday, 6 February 2017

TANAMAN CILI PADI BARA SECARA FERTIGASI

Lokasi : Kebun Kg Kandang Hilir, Sayong, Perak.
Tarikh Mula : 22 Oktober 2016

Walaupun cili padi bara masih belum terkenal di utara semenanjung, HZ Group Resources mengambil langkah permulaan untuk mempromosi serta mengembangkan pasaran cili padi bara terutamanya di Daerah Kuala Kangsar. Kepedasan cili padi bara yang setanding dengan cili padi kampung walaupun saiznya agak besar amat sesuai digunakan untuk masakan tradisional atau penggemar masakan pedas. Pokok cili padi bara mudah dijaga, kurang serangan penyakit, berbuah lebat dan jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 1 tahun. 


Kerja-kerja menyemai anak benih cili padi bara


Memasukkan cocopeat (sabut kelapa) ke dalam polibeg

Kerja-kerja menyusun polibeg di tapak projek

Anak pokok cili padi bara yang berusia 30 hari dan sedia untuk dipindahkan

Kerja-kerja pemindahan anak pokok ke dalam polibeg

Pokok cili padi bara pada usia 50 hari

Pokok cili padi bara sedang lebat berbuah

Sedia untuk dipetik

Cili Padi Bara dibiarkan merah bergantung kepada permintaan pelanggan.

 Sedia untuk penghantaran bagi pasaran Kuala Kangsar dan kawasan berhampiran



5 comments:

  1. Salam Tuan, utk cili padi harus buang tunas atau tidak?

    ReplyDelete
  2. pm harga anak benih 0177130077

    ReplyDelete
  3. Slm. Adakah pihak Tuan menganjurkan kursus fertigasi cili bara?

    ReplyDelete
  4. Apa nama saintifik bagi cili bara

    ReplyDelete